Announcement
 

Peperiksaan

Oleh kerana sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan merupakan sistem Serampang Dua Mata, maka peperiksaan yang akan diambil oleh pelajar-pelajar berkenaan terbahagi kepada dua jenis:

Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan berpeluang untuk mengambil kedua-kedua jenis peperiksaan iaitu Peperiksaan Awam Pendidikan Kebangsaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia : PMR, SPM dan STPM . Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mengambil Peperiksaan Agama/Arab yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan yang bertanggungjawab secara langsung dalam penyediaan dan pengelolaan peperiksaan tersebut.

Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan

Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan mengendalikan beberapa jenis peperiksaan untuk pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab).

Peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan YIK ialah PMRU, SMU, STUP, STTUP, Peperiksaan 'Aliah, SMTQ, STTQ dan Ujian Kelayakan.

 

Sila lihat Lembaga Peperiksaan