 

Lembaga Peperiksaan
Yayasan Islam Kelantan
 
 
 
 
 
 

Pada Oktober 1967 Lembaga Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Menengah Ugama Kelantan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Kelantan.
Pada tahun 1979 Lembaga Peperiksaan telah diserahkan kepada Jabatan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (JASA) serentak dengan pengambilan alih sekolah ugama Kerajaan Negeri.
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab mengelola, mengendali dan mengurus peperiksaan-peperiksaan berikut:
Penilaian Menengah Rendah Ugama Peperiksaan Sijil Menengah Ugama Peperiksaan Sijil Tinggi Ugama 
   
 
       
   
          
      
          
   
       
   
          
      
          
   
       
          
      
          
   
Aliran Pondok
Peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok Peperiksaan Sijil Tertinggi Ugama Pondok Peperiksaan 'Aliah
   
 
       
   
          
      
          
   
       
   
          
      
          
   
       
          
      
         
       
   
Aliran Tahfiz Quran
Peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz Quran Peperiksaan Sijil Tahfiz Quran
   
 
       
   
          
      
          
   
       
          
      
          
   
Peperiksaan
Peperiksaan PMRU diwajikan kepada semua pelajar Saff Thalith i'dadi (tahun dua) . Bagi calon SMU pula hendaklah telah atau sedang belajar di tingkatan empat di sekolah Yayasan atau di sekolah yang menggunakan kurikulum Arab dan Ugama Yayasan atau diiktiraf sama dengan Yayasan
Calon-calon bagi peperiksaan STU hendaklah memiliki SMU selama dua tahun dan sedang /telah belajar di dalam tingkatan enam bawah di sekolah-sekolah Yayasan atau di sekolah yang menggunakan kurikulum Arab dan Agama Yayasan atau diiktiraf sama oleh Yayasan atau guru-guru ugama yang sedang mengajar di sekolah agama tidak kurang dari setahun. Sementara itu bayaran peperiksaan kemasukan bagi menduduki peperiksaan itu (Pada masa ini) ialah:
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
|  |  | 
Pemegang STU layak masuk ke tahun 1 Universiti Al-Azhar, sementara lulusan Aliah Pondok layak masuk ke tahun Tiga di Universiti tersebut.
Peperiksaan SMU dan STU turut disertai oleh sebahagian sekolah agma dari Singapura, Terengganu , Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak , Sabah dan Sarawak.
