Pengenalan:
Yayasan Islam Kelantan adalah sebuah organisasi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam usaha menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.
Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada asalnya telah ditubuhkan pada 1 Julai 1974 di bawah kuatkuasa Enakmen Kelantan bilangan 9/1968 (Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan) dengan nama Jabatan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (JASA). Pada masa itu pejabatnya di tempatkan di Lundang .
Pada Jun 1979 ia telah didaftarkan semula di bawah Enakmen Kelantan Bilangan 5/1979 dengan diberi nama Yayasan Pelajaran Islam Kelantan (YPINK).
Institusi ini dipinda sekali lagi menerusi Enakmen Negeri Kelantan , bilangan 8/1982 (berkuatkuasa pada 1 hb. Mac 1983) dan diberi nama Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Tujuan Penubuhan:
1. Berusaha untuk meningkatkan pendidikan menerusi sekolah-sekolah agama supaya seimbang dengan keperluan masyarakat dan negara.
2. Berusaha untuk melayakkan sekolah-sekolah agama di negeri ini menjadi saluran pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri.
3. Berusaha untuk mengadakan pusat pengajian Islam secara lama (pondok).
4 . Berusaha mengadakan pusat Bahasa Arab bagi mempertingkatkan pengajaran bahasa di negeri ini.