
![]()
![]()
Sekapur
Sirih Dari Pengarah Yayasan Islam Kelantan
![]()
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah Suhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Yayasan Islam Kelantan akhirnya telah dapat mewujudkan Laman Web selaras dengan perkembangan dunia masa kini sebagai era globalisasi yang menjadikan dunia maya sebagai medan berkomunikasi dan sumber informasi.Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha dan kesungguhan kakitangan Yayasan Islam Kelantan dan seluruh pihak yang terlibat dalam menyahut seruan dan cabaran dunia masa kini yang penuh dengan perkembangan sains dan teknologi sehingga telah mengambil kata sepakat untuk membina laman ini. Semoga dengan wujudnya laman seperti ini Yayasan Islam Kelantan terus mampu mengorak langkah ke depan dan tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia yang memerlukan tahap cabaran yang tinggi. Selaras dengan itu,Yayasan Islam Kelantan sebagai institusi pendidikan yang dikagumi bukan sahaja dalam negara kita malah turut dikenali di Timur Tengah khususnya dalam lapangan pendidikan Islam, maka Yayasan Islam Kelantan sentiasa memperlengkapkan diri dengan perkembangan sains dan teknologi, sesuai dengan konsep pendidikan yang memberi penekanan yang sama dalam pendidikan duniawi dan ukhrawi.
Semoga dengan adanya laman ini, sedikit sebanyak akan dapat memberi pendedahan kepada pengunjung-pengunjung tentang matlamat, objektif, falsafah dan aktiviti-aktiviti Yayasan Islam Kelantan dengan lebih dekat lagi. Sebagai sebuah organisasi pendidikan yang dinamik, saya juga mengharapkan pandangan dan cadangan dari pengunjung-pengunjung sekalian untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di Institusi ini.
Akhir sekali, saya mengharapkan laman ini akan sentiasa aktif dan dikemaskini dari semasa ke semasa. semoga ia akan memberi manfaat yang beterusan dan pemangkin kepada perkembangan pendidikan Yayasan Islam Kelanta.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Yang menurut perintah,
(HJ. AB. AZIZ BIN YUSOFF)
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan.12 J'Akhir 1420 H
bersamaan 22 Sept. 1999
![]()
![]()