Dengan Akta Pendidikan 1996
MOHD YAZID YUSOFF
Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.
Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
utama.
menengah.
menjadi bahasa pengantar.
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:
"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
(Laporan Hussein Onn, 1971)
Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.
Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.
(Laporan Hussein Onn, 1971)
Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.
(Laporan Mahathir, 1976)
Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.
Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
- Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
- Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.
Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.
Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.
Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. [ke atas]
Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.
Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.
Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta Pelajaran 1961
Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
.
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta Pendidikan 1996)
Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan tidak jelas. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961:
"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
(Penyata Razak, Perenggan 12)
Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
"The National Education System shall comprise
pre-School education;
primary education;
secondary education;
post-secondary education; and
higher education,
but shall not include education in expatriate schools.
( Education Act 1996, sec.15)
"There shall be three categories of educational institutions in the National Education System , namely
government educational institutions;
government-aided educational isntitutions; and
private educational institutions.
(Educational Act 1996, sec. 16)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja.
"For the purpose of this act, the stages of statutory education system shall be as follws:
primary education;
lower secondary education;
upper secondary education;
education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25.
(Education Act 1961, Sec.19)
Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.
" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all educational institutions in the National Education System except an national-type school established under section 28 or any other educational intitution exempted by Minister from this section.
(Education Act 1996, Sec. 17)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.
Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, tiada langsung peruntukan.
" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the National Education System."
(Education Ac 1996, Sec.18)
Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi.
"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act.
(Education Act 1996, Sec.19)
Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.
(2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language , the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution.
(Education Act 1996, Sec.17)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan dua syarat:
Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada
bahasakaum Bumiputera untuk diperkembangakan.
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.
(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so request;
Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan swasta. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta.
Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika, sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.
"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain kindergartens"
(Education Act 1996, Sec. 21)
Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua tadika.
Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab.
Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Dalam akta ini tempohnya agak ketat.
"A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six years but which may be completed within to seven years"
(Education Act 1996, Sec.29)
"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited primary school
providing a six-year course of primary edducation appropriate for children between the ages of six and eleven years;"
(Education Act 1961, Sec.2)
Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan , kolej atau mana-mana institusi pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah.
Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961.
Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas.
Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.
Dalam Akta Pelajaran 1961, peruntukan mengenai pendidikan guru adalah terlalu umum.
Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat.
Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaa. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.
Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961.
Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka . Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan.
Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola.
Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Tujuan seklsyen ini ialah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan lingkage", selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence".
Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan tentang perkara ini.
Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan masyarakat pengguna.
Dalam Akta Pelajaran 1996, tiada peruntukan-peruntukan seperti ini. Ini adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta ini.
Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah Negara
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama.
Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan , Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .
Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolah-sekolah:
- Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.bahasa pengantar darjah Satu
- Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan
- Bahasa pengantar tingkat 1
- Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera
- Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti
- Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
- Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
- Bahasa pengantar semua kursus di universiti
- [ke atas]
Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring dengan negara-negara lain. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula. Sejaran negara telah berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Oleh itu pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan.
Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian, dunia teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang memerlu kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional, kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita.
Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Lantaran itu wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh . Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan mengikut kesesuaian.
Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996
Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.
Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.
Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat, memasuki premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau tuan punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk kekasaran.
Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini, tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa ibunda kaum di Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2 , perkara (iii), Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:
[ke atas] Arabic, Japanese, German or French or any other foreign language may be made available if it reasonable and practicable so to do;
Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Malah bahasa Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu yang kita tidak boleh anggap ringan. Sejarah perkembangan dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan orientalis. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa menggunkan bahasa Arab.
Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas, tidak terikat dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan, seperti yang terdapat dalam Seksyen 15.
Begitu juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah tadika. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 , Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana pendidikan lain yang dikecuali oleh Menteri. Di sini menampakkan kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum mantap sepenuhnya dalam Akta ini.
Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati 1,290 buah sekolah Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil dengan 96,000 pelajar terus menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Manakala 250 buah institusi pendidikan tinggi swasta terus menggunakan Bahasa Inggeris. (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999).
Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu terdapat 84,000 pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus.
Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang wujud sekarang memang telah jauh berubah, namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan agenda penting. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan, memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan pelajar ; aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina.
Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995 (yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:
" ..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini. Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita.
Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?
Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan , perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam memantapkan perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah perlu dikaji semula.
Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Sehingga menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan atau seksyen, tetapi ternyata ia adalah merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara.Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satuu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta Pendidikan itu sendiri dan mancapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.
1. Akta Pendidikan 1961, International Law Book Service, Kuala Lumpur, 1984
2. Akta Pendidikan 1996, International Law Book Service, Kuala
Lumpur, 1998
- 3. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur, 1988
4. Hamedi Mohd Adnab, Bahasa Melayu STPM ,Nurin Enterprise,
Kuala Lumpur, 1994
5. Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau Wing,
- Dr.Saedah Hj. Siraj, Pendidikan di Malaysia, Utusan Publication,
1993